[TERKINI] Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz meninggal dunia
  • tahun lalu
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Pemergiannya disahkan oleh anak saudaranya Tengku Azman Tengku Zainal Abidin menerusi hantaran di Instagram kira-kira tiga jam lalu.

Allahyarham yang juga merupakan bekas Senator menyertai DAP pada tahun 2008 sebelum meninggalkan parti berkenaan pada 2012.