Kebakaran | Mangsa korban kebakaran hutan di Chile terus meningkat

  • tahun lalu
Ratusan hutan yang terbakar berpunca gelombang suhu panas di selatan tengah Chile meragut 23 nyawa setakat ini.

Menteri Dalam Negeri, Carolina Toha, dalam satu kenyataan, berkata sebanyak 251 lokasi membabitkan kebakaran aktif dengan 76 kebakaran meletus dalam tempoh sehari lalu.