Ahli Majlis FIFA | PM ucap tahniah kepada Hamidin
  • tahun lalu
Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin diumumkan antara tujuh ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia, untuk penggal 2023-2027.

Hamidin dipilih mengisi jawatan itu semasa Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang diadakan di Manama, Bahrain pada Rabu.