Sertai BERSATU | KJ belum dilamar secara rasmi - Ahmad Faizal

  • tahun lalu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masih belum melamar bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara rasmi untuk menyertai parti itu.

Menurut Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, adalah lebih baik sekiranya Khairy Jamaluddin bersama Perikatan Nasional (PN) memandangkan beliau antara ahli politik yang mempunyai peluang cerah untuk memimpin negara pada masa hadapan.

Disyorkan