Politik | Anwar mahu tawan semula Permatang Pauh

  • tahun lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menawan semula Permatang Pauh selepas kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terlepas ke tangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Presiden PKR itu berkata Permatang Pauh tetap menjadi kubu kuat gerakan reformasi negara ini dan akan terus membela nasib rakyat walaupun kawasan Parlimen itu kini milik pembangkang.