Insiden Tembakan | Polis sahkan tiada suspek lain, suspek utama bunuh diri

  • tahun lalu
Polis Los Angeles County mengesahkan tiada suspek lain yang terlibat dalam insiden tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, California ketika sambutan tahun baharu cina pada hujung minggu lalu.

Ia hasil siasatan selepas suspek yang terlibat dalam insiden itu ditemui mati akibat bunuh diri apabila kenderaannya diserbu polis.

Sheriff Los Angeles County, Robert Luna yang mengesahkan perkara itu memaklumkan motif suspek Huu Can Tran, 72 tahun bagaimanapun tidak diketahui.

Disyorkan