Tahun Baharu Cina | Muafakat penduduk Muara Tebas mudahkan urusan ke tokong

  • tahun lalu
Setiap kali tiba Tahun Baharu Cina, Kampung Muara Tebas akan dikunjungi ribuan penganut Buddha sehingga Chap Goh Mei.

Di sana letaknya Tokong Ching San Yen antara tokong tertua di Sarawak berusia lebih 200 tahun dan satu-satunya tokong besar yang dibina di perkampungan Melayu.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran aktiviti perayaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyediakan kawasan parkir khusus serta pusat maklumat kepada pengunjung.

Disyorkan