Masalah Air | Paip pecah, 23,000 penduduk dijangka terputus bekalan

  • tahun lalu
Penduduk di tiga kawasan di sekitar Paka, Dungun Terengganu dijangka terputus bekalan air sehingga seminggu selepas paip dianggar berukuran 500 hingga 700 milimeter , yang menyeberangi jambatan patah pada Rabu petang.

Dianggarkan 23,000 akaun pengguna Syarikat Air Terengganu (SATU) akan terjejas berikutan kejadian itu yang berlaku pada 2.30 petang.