Niaga AWANI: Minyak Sawit | Sasar 50% produk FGV di setiap isi rumah

  • tahun lalu
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk setiap dapur isi rumah di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 50% daripada pelbagai rangkaian produk makanannya menjelang 2030.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor, ia selaras dengan aspirasinya untuk menjadi syarikat makanan Malaysia yang terkemuka dan menyokong objektif kerajaan dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025.

Saksikan laporan Penyampai #NiagaAWANI Nina Rozman semasa lawatan media ke pejabat anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor Bahru minggu lepas.