PAU2022: Satu lagi video tersebar didakwa ‘pengundi hantu’
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 14 JANUARI 2023

Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang sedang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur terus panas dengan dakwaan wujudnya ‘pengundi hantu’ bagi menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu berada di dalam sebuah bilik tertutup dipercayai bagi mendengar taklimat.

Menerusi keterangan pada video berdurasi 40 saat yang tidak didedahkan identitinya, kumpulan individu itu didakwa sebagai pengkhianat parti yang sebenar.

Beberapa jam sebelum itu, Khairy Jamaluddin turut berkongsi sebuah rakaman video di akaun Tik Toknya yang mendakwa ada cubaan untuk membawa masuk 'pengundi hantu' bagi meluluskan usul tambahan supaya tidak membenarkan dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan.

Artikel: https://bit.ly/3Xbnt2G

Muzik: Elevate dari www.bensound.com