WEF 2023 | Hala tuju ekonomi agenda utama Malaysia di Davos
  • tahun lalu
Pertemuan bersama wakil dari pelbagai negara semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF 2023) akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengangkat suara Malaysia di persada antarabangsa selain berkongsi hala tuju dasar-dasar perdagangan, pelaburan dan industri negara serta meletakkan negara sebagai sebuah hub strategik untuk ekonomi rantau Asia Tenggara.

Matlamat-matlamat ini menjadi agenda utama Malaysia yang dibawa ke pentas global itu yang bermula 16 Januari depan.