Politik Sabah | Rakyat muak dah lama

  • tahun lalu
Rakyat Sabah dilihat semakin marah dan muak dengan sikap pemimpin negeri itu yang sering bertelagah sesama sendiri sehingga mengundang ketidakstabilan politik.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg, rakyat Sabah mahukan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka, memikirkan kebajikan rakyat terutamanya mendepani tahun ini yang dijangkakan dilanda ketidaktentuan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang tinggi.