Hakisan Tanah | Guru, pelajar ambil masa dua jam ke sekolah

  • tahun lalu
Kerosakan jalan raya di Kampung Wasai, Kiulu, Sabah di beberapa tempat akibat hakisan tanah menyebabkan murid dan guru di Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa mengambil masa sehingga dua jam untuk ke sekolah.

Berdasarkan video tular 19 saat yang dikongsikan di Twitter oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, bukan sahaja keadaan itu dilihat mengganggu rutin seharian penduduk kampung, malah mereka turut berhadapan risiko keselamatan akibat jalan yang sering digunakan kini menjadi laluan air.