Bincang hati ke hati selesai kemelut politik Sabah: Zahid
  • tahun lalu
Bincang hati ke hati selesai kemelut politik Sabah: Zahid

BERITA SEMASA 10 JANUARI 2023

Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan dilakukan secara dari hati ke hati supaya keputusan 'menang-menang' dapat dicapai untuk semua pihak.

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid, pertemuan itu sudah tentu untuk mencari jalan terhadap penyelesaian mengenai kemelut yang melanda Sabah.

Untuk rekod, suhu politik di Sabah kembali panas apabila Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3VXunaf

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Disyorkan