Politik Sabah | Sidang Khas DUN Sabah, semua ADUN diharap bertindak matang

  • tahun lalu
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diharap bertindak matang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat semasa persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadualkan berlangsung esok (Selasa).

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, persidangan khas DUN itu bagi meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pengurusan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ADUN meletakkan fokus kepada perkara berkaitan dengan RUU yang akan diluluskan dalam persidangan khas DUN itu nanti.

Disyorkan