PAU 2022 | UMNO 2022 tidak jemput parti lain, mahu selesai isu dalaman

  • tahun lalu
Tiada sebarang jemputan dikeluarkan kepada parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends Of BN untuk menghadiri Perhimpuan Agung UMNO 2022 yang bermula Rabu ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perhimpunan kali ini juga tidak akan menjemput perwakilan asing kerana ingin menyelesaikan semua perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman parti dan BN.