MA63 | Kerajaan Pusat setuju turunkan kuasa pendidikan dan kesihatan

  • tahun lalu
Kerajaan Persekutuan secara prinsip telah bersetuju untuk menurunkan kuasa dalam bidang pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak sebagai menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, butiran mengenai perkara tersebut sedang diusahakan, dan turut akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang pertama di Kuching yang dijadualkan berlangsung awal Februari depan.

Disyorkan