Gelora kerajaan Sabah: Hajiji menghadap TYT di Istana Seri Kinabalu
  • tahun lalu
Gelora kerajaan Sabah: Hajiji menghadap TYT di Istana Seri Kinabalu

BERITA SEMASA 7 JANUARI 2023

Kenderaan membawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memasuki pintu gerbang Istana Seri Kinabalu pada jam 4.20 petang, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.


Beliau dipercayai menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bagaimanapun tidak diketahui secara terperinci mengenai tujuan pertemuan itu.



Setelah hampir satu jam pertemuan itu, kenderaan yang membawa Datuk Seri Hajiji keluar daripada Istana pada jam 5.13 petang dan sempat melambaikan tangan kepada media.

Sebelum itu, Istana Seri Kinabalu kembali menjadi tumpuan pengamal media susulan pergolakan politik yang berlaku di Sabah ketika ini.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3vJzEHR

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti