Ekonomi | Pasaran saham dijangka jadi lebih baik tahun ini

  • tahun lalu
MIDF Research berkata tahap ekonomi akan jadi lebih perlahan tahun ini tetapi menjangkakan pasaran saham akan jadi lebih baik disebabkan kadar kenaikan pinjaman yang lebih perlahan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, prestasi pasaran ini ditentukan oleh pemulihan penilaian, manakala ekonomi diunjurkan bakal kembali kepada paras biasa iaitu pada 4.2%.

Tambah beliau,pertumbuhan lebih perlahan di negara maju akan memberi impak kepada perdagangan luar negara Malaysia.