Tutup premis judi: Kedah tak rugi - MB

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 4 JANUARI 2023

Kerajaan Kedah tidak terkesan dengan pelaksanaan undang-undang menghentikan operasi premis perjudian dan loteri di seluruh negeri itu, walaupun sektor berkenaan menyumbang pendapatan kira-kira RM400,000 setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keputusan terbabit juga tidak akan berubah walaupun kerajaan negeri berupaya meraih sehingga jutaan ringgit.

Bermula 1 Januari 2023, Kedah menghentikan pengeluaran lesen baharu kepada kesemua premis perjudian dan loteri di seluruh negeri setelah memutuskan perkara itu pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), November 2021.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3jRWL03

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa