4 MP Sabah sudah hantar jawapan kepada Speaker: Hajiji
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 3 JANUARI 2023

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan empat ahli Parlimennya telah menghantar jawapan kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung isu dakwaan kekosongan empat kerusi Parlimen oleh Bersatu.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, ia terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membuat keputusan mengenainya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan parti baharu yang akan disertai bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Hajiji berkata, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3iabPFS

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa