Penggunaan Dron | Korea Selatan beri amaran terhadap pencerobohan Korea Utara

  • tahun lalu
Korea Selatan mengerahkan jet pejuang dan melepaskan tembakan ke udara sebagai memberi amaran kepada Korea Utara yang didakwa menerbangkan beberapa dron merentasi sempadan negara pada Isnin.

Ia berlaku jam 10.25 pagi waktu tempatan, apabila Korea Selatan mengesan lima dron cuba melintasi sempadan ketenteraan di bandar Gimpo.