Air Pasang Besar | 44 kampung di Terengganu berisiko banjir

  • tahun lalu
44 kampung yang berdekatan muara sungai dan pantai di tujuh daerah di Terengganu berdepan risiko banjir akibat air pasang besar yang diramal berlaku mulai Jumaat, 23 Disember

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan di Besut kampung yang terlibat adalah Kampung Pengkalan Atap; Kampung Teluk Budu; Kampung Pantai dan Kampung Nail.