Pengguna Jalan Raya | Aplikasi Motorist Super App galak pemanduan lebih selamat
  • tahun lalu
Aplikasi Motorist Super App yang dilancarkan Motorist Technology Sdn Bhd bagi mengendalikan portal Jualan Kereta Motorist.My diperkenalkan bagi menggalakkan pemanduan lebih selamat dan menguruskan semua aspek pemilikan kenderaan dengan lebih mudah.

Syarikat itu juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi menambah ciri baru ke dalam aplikasi, iaitu maklumat mengenai penilaian keselamatan mengikut program penilaian kereta baru bagi negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
Disyorkan