Banjir | 1,641 mangsa dari 15 PPS di Terengganu dipindahkan

  • tahun lalu
1,641 mangsa dari 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu terpaksa dipindahkan ke lokasi lain selepas PPS yang menempatkan mereka dinaiki air sejak semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata ia melibatkan dua PPS di Kemaman, Besut dan Hulu Terengganu masing-masing lima, serta tiga PPS di Setiu.