Kanak-kanak baru berkhatan dipindahkan ke PPS

  • tahun lalu
Kanak-kanak baru berkhatan dipindahkan ke PPS

BERITA SEMASA 19 DISEMBER 2022

Dua kanak-kanak baru berkhatan antara mangsa banjir yang dipindahkan pasukan penyelamat selepas rumah mereka di Kampung Kuala Ping di Hulu Terengganu dinaiki air pada petang Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sehingga jam 8 malam pada Ahad, seramai 3,785 mangsa banjir dari 1,068 keluarga dipindahkan di 76 PPS di negeri itu.

Setakat ini, tujuh daerah di Terengganu terjejas banjir melibatkan daerah Kuala Terengganu, Setiu, Dungun, Kemaman, Besut, Hulu Terengganu dan Marang.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian