Tarik Elektrik 2023 | Syarikat MNC dikenakan surcaj 20 sen/kwj dari 1 Jan-30 Jun

  • tahun lalu
Pengguna elektrik bervoltan sederhana dan tinggi dalam kalangan industri termasuk Perbadanan Multinasional (MNC) akan dikenakan surcaj pada kadar 20 sen/kwj berkuat kuasa 1 Januari hingga 30 Jun 2023.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini bermakna kerajaan masih lagi menampung subsidi sebanyak RM1.93 bilion agar peningkatan surcaj ini tidak dilepaskan keseluruhannya secara mendadak.

Disyorkan