Bola Sepak | Harimau Malaya teruskan rentak, benam Maldives 3-0
  • tahun lalu
Malaysia meneruskan rentak kemenangan aksi pemanas badan menjelang saingan Piala AFF 2022, apabila membenam Maldives 3-0 pada aksi persahabatan antarabangsa tier 1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Rabu malam.

Ketua jurulatih Kim Pan Gon melakukan rombakan besar terhadap kesebelasahan utama dengan hanya mengekalkan empat pemain ketika membelasah Kemboja 4-0 pada aksi pemanas badan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.