Musim Tengkujuh | Banjir makin buruk di tiga negeri

  • tahun lalu
Banjir kekal tidak berubah di tiga buah negeri yang terjejas dengan bilangan mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah berbanding semalam.

Sehingga jam 7 pagi Ahad, portal info banjir Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, banjir di Perak, Pahang dan Terengganu menyebabkan jumlah keseluruhan penduduk yang dipindahkan adalah 1,156 orang berbanding 737 mangsa semalam.