Godam Data AirAsia | Siasatan awal dapati berpunca dari serangan 'ransomware'

  • tahun lalu
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) memulakan siasatan berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan airasia akibat digodam oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, siasatan itu dibuat dengan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Capital-A yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia pada 1 Disember lepas.