Kerajaan Perlis | Tujuh Exco Perlis bertanggungjawab atas 33 portfolio
  • tahun lalu
Kerajaan negeri Perlis yang baharu mengambil langkah penjimatan dengan mengecilkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat dengan melantik tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Menteri Besar.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata barisan kepimpinan baru yang dikecilkan kepada tujuh ADUN, akan menjawat jawatan 33 portfolio yang mula dilaksanakan bermula Jumaat.