Pas bincang tawaran PM sertai kerajaan perpaduan
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 25 NOVEMBER 2022

Pas akan membincangkan bersama rakan komponen Perikatan Nasional berhubung tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu juga akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya pengundi sebelum memuktamatkan sebarang keputusan.

Semalam, Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar menyatakan keterbukaan kepada PN agar gabungan itu turut sama menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Artikel: https://bit.ly/3ibMICo

#BeritaSemasa #SinarHarian