Anwar mula tugas rasmi sebagai PM
  • tahun lalu
MOJO LIVE 25 NOVEMBER 2022

[MOJO LIVE ] Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bangunan Perdana Putra bagi memulakan hari pertama sebagai Perdana Menteri ke-10, lapor wartawan Sinar Harian Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu diiringi pengawal pengiring tiba pada jam 9.52 pagi Jumaat.

Datuk Seri Anwar dijadualkan memulakan tugasnya pagi ini dengan mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya.