PASCA PRU15: Anwar di rumah sahaja
  • tahun lalu
PASCA PRU15: Anwar di rumah sahaja

MOJO LIVE 22 NOVEMBER 2022

[MOJO LIVE] Perkembangan terkini di kediaman Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cheras, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

Hari ini beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara berhubung calon Perdana Menteri dan penubuhan kerajaan baharu.

Difahamkan, dalam pertemuan itu, Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk mengambil sedikit masa lagi sebelum memutuskan Ahli Dewan Rakyat yang memiliki sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Pada PRU15, PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, manakala PN pula mendapat 73 kerusi dan untuk menubuhkan kerajaan, sesebuah parti atau gabungan parti perlu mendapat majoriti mudah sokongan 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.