Pasca PRU15 | Kenyataan Setiausaha Agung PN Pramatang, mustahil, tidak konklusif

  • 2 tahun lalu
Pakatan Harapan menafikan dakwaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Perikatan Nasional mempunyai jumlah surat akuan melebihi 112.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini berdasarkan kenyataan oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa sebarang akuan berkanun yang lain, atau sebarang rundingan dengan parti-parti lain oleh mana-mana Ahli Parlimen UMNO adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira sebagai bukti sokongan majoriti kepada mana-mana calon Perdana Menteri.

Disyorkan