[SINAR LIVE] Jajaran baharu: Antara parti atau negara
  • tahun lalu
[SINAR LIVE] Jajaran baharu: Antara parti atau negara

Parlimen tergantung menyaksikan tiada parti yang dapat menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah namun terdapat dua nama yang hangat diperkatakan untuk menjadi calon Perdana Menteri iaitu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) pula dianggap ‘king maker’ walaupun hanya memenangi 30 kerusi. Tanpa sokongan BN, PH dan PN akan gagal bentuk kerajaan baharu.

Apakah ‘bentuk’ jajaran baharu nanti? Perbincangannya dalam Sinar Live JAM 8.30 MALAM INI bersama hos, Fahiz Ariff dengan tetamu jemputan, bekas calon PH Parlimen Rembau, Jufitri Joha dan Pakar Perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz di semua platform digital Sinar Harian.

Facebook:https://bit.ly/3eRMif7
Portal: www.sinarharian.com.my
Twitter: https://bit.ly/3em9ymy
Youtube: https://bit.ly/3tieLju

Ada soalan? Ajukan di ruangan komen.

#SinarLive
#MalaysiaBerintegriti
#PerkasakanSuaraMalaysia
#PRU15