Kerajaan baharu 'confirm' tanpa PH: Ahmad Fadhli
  • tahun lalu
Kerajaan baharu 'confirm' tanpa PH: Ahmad Fadhli

BERITA SEMASA 20 NOVEMBER 2022

Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan perbincangan untuk membentuk kerajaan oleh gabungan itu tidak melibatkan Pakatan Harapan, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain dan Nurhidayah Hairom.

Beliau berkata, ketika ini perbincangan masih lagi berjalan, namun ia hampir selesai.

Kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur menjadi tumpuan media sejak tengah hari Ahad.

Artikel: https://bit.ly/3Xj1xTx

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian