PRU15: Mohammed Taufiq teruskan legasi ayah di Sungai Petani
  • tahun lalu
PRU15: Mohammed Taufiq teruskan legasi ayah di Sungai Petani

BERITA SEMASA 20 NOVEMBER 2022

Meneruskan perjuangan Pakatan Harapan dan menambahbaik perkhidmatan kepada rakyat adalah matlamat utama Mohammed Taufiq Johari yang diumumkan menang kerusi parlimen Sungai Petani pada Pilihan Raya Umum ke-15, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Mohammed Taufiq, 26, yang juga merupakan anak kepada penyandang, Datuk Johari Abdul (PKR) menjelaskan, akan meneruskan perjuangan bapanya yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal berturut-turut sejak PRU12.

Sebagai pemimpin muda, Taufiq mengharapkan agar pimpinan yang lebih berpengalaman berkongsi tunjuk ajar dan nasihat bagi mempersembahkan gerak kerja yang lebih baik.

Artikel: https://bit.ly/3UUeoKk

#BeritaSemasa #SinarHarian