PN kuasai lima DUN, Parlimen Arau
  • tahun lalu
PN kuasai lima DUN, Parlimen Arau

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim mendahului dengan 22,861 undi berbanding calon BN, Datuk Rozabil Abdul Rahman yang memperolehi 6,075 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie mendapat 5,047 undi selepas 88 saluran dikira. Shahidan mendahului dengan majoriti 17,066 undi.

Bagi kelima-lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Arau iaitu Pauh, Tambun Tulang, Guar Sanji, Simpang Empat dan Sanglang turut didahului calon PN. 

Kesemua calon PN dalam Parlimen Arau tiba di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada pukul 10.50 malam Sabtu. 

#MalaysiaBerintegriti #PRU15 #beritasemasa