PRU15 | Pemimpin dipilih perlu tumpu kepada kestabilan politik, perpaduan kaum

  • 2 tahun lalu
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) mengingatkan setiap parti politik menerima apa sahaja keputusan rakyat berikan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung, Mohammad Rizan Hassan berpandangan, semua parti yang bertanding perlu menyedari hakikat bahawa masa depan negara bergantung kepada kestabilan politik dan perpaduan di kalangan masyarakat.