Kami nak air, elektrik di Sipitang bukan projek 'gajah putih'
  • tahun lalu
Kami nak air, elektrik di Sipitang bukan projek 'gajah putih'

BERITA SEMASA 16 NOVEMBER 2022

Penduduk di dua kampung di Sipitang, Sabah merayu supaya projek infrastruktur melibatkan loji air dan hibrid solar diteruskan dan bukannya dijadikan sebagai projek 'gajah putih' semata-mata, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Penduduk Kampung Meligan, Tadom Salat, mendakwa projek Loji Air Kampung Meligan dan hibrid solar terbengkalai sehingga menyebabkan mereka tidak menerima bekalan air bersih dan elektrik ketika ini.

Sementara itu, Ketua Kampung Long Pasia, Yakub Sim, mahu projek solar hibrid diteruskan selepas tertangguh sejak 2017 namun sehingga hari ini tidak terlaksana.

Yakub yang mewakili penduduk juga berharap supaya kampung mereka mendapat alat penapis air suapaya penduduk dapat menikmati air lebih bersih.

Artikel: https://bit.ly/3AiFUcl

Muzik: Elevate dari www.bensound.com


#beritasemasa #pru15