PRU15: Bukit Aman siasat kes pelakon keluar kenyataan ekstrem
  • tahun lalu
PRU15: Bukit Aman siasat kes pelakon keluar kenyataan ekstrem

BERITA SEMASA 15 NOVEMBER 2022

Polis Terengganu menerima laporan pada Isnin berhubung video tular melibatkan seorang pelakon yang mengeluarkan kata-kata bersifat ekstrem dalam satu ceramah di Kemaman, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk disiasat dibawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan disiasat dibawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Sementara itu, Rohaimi memberitahu, empat laporan polis diterima sepanjang tempoh 10 hari kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijalankan di Terengganu sejak 5 November lalu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15