Pengangkutan Awam | LRT laluan Kelana Jaya-KLCC dibuka semula hari ini
  • tahun lalu
Transit aliran ringan, LRT laluan Kelana Jaya dibuka semula sepenuhnya hari ini selepas operasinya digantung susulan gangguan terhadap sistem kawalannya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam catatan di Facebook berkata, 16 stesen antara Kelana Jaya dan KLCC dibuka semula bermula 6 pagi.