PRU15 | KJ mahu ‘bersihkan’ UMNO, BN

  • 2 tahun lalu
Calon Barisan Nasional bagi P107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mendedahkan beliau mempunyai misi yang lebih besar di masa akan datang, iaitu ‘membersihkan’ kembali UMNO dan Barisan Nasional.

Sewaktu berucap di satu majlis di Kelab Putra Rahman, Menteri Kesihatan itu berkata, beliau juga mahu mengembalikan UMNO khususnya menjadi wadah perjuangan yang boleh dibanggakan orang Melayu, seperti satu ketika dulu.