PRU15: Calon perlu mohon permit 'walkabout'
  • tahun lalu
PRU15: Calon perlu mohon permit 'walkabout'

BERITA SEMASA 11 NOVEMBER 2022

Setiap calon bertanding pada PRU15 diingatkan membuat permohonan permit untuk setiap aktiviti 'walkabout' bagi membolehkan polis membuat pemantauan.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, permit bagi aktiviti 'walkabout' hanya perlu dipohon sekali untuk keseluruhan tempoh berkempen dalam kawasan Parlimen atau DUN di mana calon bertanding.

Jelasnya, jika kawasan ditandingi melibatkan dua atau lebih daerah polis, maka permohonan perlu dikemukakan di salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah yang berkaitan.

Datuk Seri Hazani berkata, keperluan permohonan permit ini bagi membolehkan PDRM mengambil langkah dalam memastikan calon-calon dapat menjalankan aktiviti kempen dengan lancar.

Dalam masa sama calon yang bertanding hendaklah mengambil langkah bagi memastikan pertembungan dielakkan dan tiada provokasi lisan atau fizikal timbul semasa program 'walkabout' dijalankan.