Pilih saluran Parlimen selesaikan masalah penduduk Raub
  • tahun lalu
Pilih saluran Parlimen selesaikan masalah penduduk Raub

BERITA SEMASA 11 NOVEMBER 2022

Atas dasar tanggungjawab untuk berkhidmat demi kesejahteraan hidup penduduk di Raub, mendorong calon Pakatan Harapan dari parti DAP, Chow Yu Hui, 39 tahun bertanding di kerusi Parlimen Raub pada PRU15.

Bekas Adun Tras itu bersemangat untuk bergelar Ahli Parlimen demi mencapai misi perjuangannya dalam membawa perubahan serta menyelesaikan segala permasalahan timbul di daerah yang terkenal dengan Musang King itu.

Baginya, isu seperti masalah gangguan bekalan air dan penyelesaian kepada isu tanah tanpa permit yang diusahakan pekebun untuk tanaman durian Musang King hanya dapat diselesaikan di peringkat Parlimen dengan campur tangan Kerajaan Persekutuan.

Artikel: https://bit.ly/3GbzoI3

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15 #parlimenRaub #ChowYuHui #PakatanHarapan #PH #Advetorial