PRU15 | Jangan cucuk-mencucuk, Ismail Sabri kekal calon PM - Zahid

  • 2 tahun lalu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menimbulkan spekulasi mahupun melaga-lagakan barisan kepimpinan parti itu berhubung kedudukan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, parti itu tidak pernah berganjak daripada pendirian mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya menang PRU15.