Muhyiddin nafi gagal urus pandemik Covid-19
  • tahun lalu
BULETIN TIKTOK 9 NOVEMBER 2022

Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis tuduhan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan pimpinannya sebelum ini gagal mengawal pandemik Covid-19 walaupun mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan paling lama di dunia.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia telah mengiktiraf Malaysia antara negara terbaik dalam mengurus pandemik Covid-19.

Tegasnya, kerajaan masa itu juga telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara walaupun terpaksa melaksanakan PKP bagi mengelak lebih ramai rakyat dijangkiti Covid-19.

Muzik: Artlist.co

Artikel: https://bit.ly/3UYmDoD

#BeritaSemasa #SinarHarian