PRU15 | Kempen #VoteFuture sasar 70 peratus keluar mengundi

  • 2 tahun lalu
Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH) menyeru semua 21 juta pengundi yang layak untuk keluar mengundi pada 19 November ini.

Kempen #VoteFuture yang dilancarkan hari ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan orang ramai menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan proses demokrasi.

Kempen itu menyasarkan untuk mencapai peratusan keluar mengundi tidak kurang daripada 70 peratus atau 14.8 juta pengundi, peningkatan 2.5 juta pengundi berbanding PRU14.

Disyorkan