Anwar: 'Saya yang umum cuti, bukan Muhyiddin'
  • last year
Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim yakin dia akan mengumumkan cuti umum selepas keputusan PRU15 diperoleh pada 19 November nanti.

Keyakinan PH akan memenangi PRU15 itu diucapkannya ketika menyampaikan ceramah pada program Jelajah Mega Harapan di Dataran Taman Indah malam tadi.

Di hadapan ribuan penyokong, calon PH bagi kerusi Parlimen Tambun itu memberitahu, dia yang akan mengumumkan cuti selepas PRU-15, dan bukannya Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/1261404368042479
Recommended